Showing posts with label bali. Show all posts
Showing posts with label bali. Show all posts

Wednesday, 4 June 2014

Bali...best ke? (Part 2)

Pengalaman pertama rafting

Itu la Sungai Ayung kelihatan dari penginapan kami di Black Penny Ubud

Balik dari pekan Ubud terus tanya di reception hotel tentang pakej untuk rafting dan aku pun setuju. Yela..kalau dah datang mesti la cuba pengalaman unik di sesuatu tempat. Durian kat Ubud pun dah cuba...sedapnya sama je macam kat Malaysia.

 Tu dia...durian Ubud. Memang sedap!

Ubud ni masih sebuah pekan kecil yang kebanyakan penduduk tempatan masih mengekalkan gaya hidup tradisi. Dikalalgan wanita nya juga ada yang berkerja sebagai buruh pembinaan. Melihat mereka menjunjung barangan diatas kepala memang kebiasaan bagi mereka.


 Sebelum buka kedai mereka akan ada acara keugamaan dihadapan kedai



Suka melihat remaja disini. Mereka kebanyakannya sungguh sopan dengan pakaian tradisi.

Ok lah..kembali ke Ayung river. Disepanjang sungai ni diliputi dengan hutan dan kawasan hotel yang cantik. Airnya agak deras tetapi tak membahayakan. Pasirnya kehitaman sebab ianya berpunca dari hakisan gunung berapi. Keseluruhanya...memang cantik dan berbaloi berkunjung ke sini.

Jom tengok video melayari Sungai Ayong!


Friday, 30 May 2014

Bali...best ke? (Part 1)

Bali April 2014

Dah lama Bali ni aku dengar dan macam macam cerita yang ada. Seperti biasa bila nak buat research, Cik Puan google (wife aku...hehe) pun memulakan tugas nya. Antara perkara yang di cari ialah tempat menarik, budaya, makanan, pakaian, aktiviti dan tidak lupa keburukan di Bali. Kenapa nak cari 'the dark side of Bali'? Di semua tempat di dunia ni tetap ada keburukan atau sejarah hitam nya. Tujuan kami mencari fakta itu supaya kami lebih bersedia dan ingat...Bali bukan syurga tetapi ianya tetap cantik dan unik menjadi tumpuan pelancong dunia!

Gerbang tol di Bali. Lebih mempunyai nilai tradisi

 Beca jual Bakso...kalau ada halal logo...memang aku dah try!

 Di hadapan restaurant masakan Sunda. Memang sedap dan murah disini

 Muka penat sebab flight Airasia delay lebih 3 jam!

 Pelayan gigih menunggu pelanggan datang

Yang ni ikan talapia bakar...perggg! Complete set makanan dan minum harganya baru RM40!

5 malam pertama kami menginap di Courtyard Marriott Bali Nusa Dua. Memang cantik senibina nya dan yang penting keselamatan memang 1st priority. Siap ada scanner sebelum masuk ke hotel. Kawasan Nusa Dua dipenuhi oleh macam macam hotel 5 star. Kebetulan pada waktu tu, Marriott offer package yang murah mugkin sebab low season kot.

Courtyard Marriot Bali Nusa Dua

Di private beach Courtyard Marriott. Bersih tempat ni

Aku dengan wife naik basikal je pegi beach. Perjalanan dam 5 - 10 minit.

 Pool yang diredupi oleh pokok pokok. Puas dapat berendam kat sini

Yang ni acara belajar menyelam sambil buka mata dalam pool. Kalau nak cover pakai la shades..hehe

Now let's enjoy our travel log video



Overall..memang best di Bali. Our special thanks to Komang https://www.facebook.com/komang.artana2?fref=ts&ref=br_tf who is our private tour guide from day 1. 

Bali...Best ke? (Part 2) coming soon..