Showing posts with label interior. Show all posts
Showing posts with label interior. Show all posts

Friday, 2 January 2015

H HOTEL, Dubai - Gugur rambut ku kerana mu!

Alkisah..boss aku cakap since aku selalu buat project hotel maka dia assigned project H Hotel ni pada aku. Hotel ni dimiliki oleh keluarga Raja Abu Dhabi. Latar belakang project ini ialah pengubahsuaian ruang lobby, courtyard, reception dan all day dining. Dari konsep asal yang bertema pure Arabian kepada uptrend luxury. Sungguh mencabar project ni..pihak hotel pada saat akhir menurunkan budget mendadak. Maka aku selaku Pengurus Projek perlu mamastikan konsep keseluruhan dikekalkan , mencari alternative product dan construction method yang paling cost effective.

GAMBAR SEBELUM PENGUBAHSUAIAN

 Ruang yang kelam seperti keadaan lorong jalanan

 Pencahayaan lebih mencukupi tetapi tiada impak

 Ruang resepsi dah macam...entah!

 Rekabentuk Arabian

 Lobby lounge...mamang tak ramai yang nak lepak

 Sedih...All Day Dining yang buat takde mood nak makan

 Apakah itu sarang burung atau lampu?

 Kononnya..ini adalah bar lounge

 Ruang santai di bar lounge

 Hotel ini menjadi tumpuan warga arab yang kaya

 PEMBINAAN

Sebelum bermula..segala yang akan diguna semula akan di alas

Semasa pembinaan hotel ini masih beroperasi. Jenuh nak control bunyi dan habuk

memang gigih buruh India...tanpa mereka memang tak siap


Pembinaan terdahulu memang over specified...nak pecahkan concrete ni hampir 2 minggu!


New concrete raised floor in progress




Circular bar in progress. Siap nanti terus bawa ke site untuk pasang


manlift digunakan untuk memasang cermin pada ketinggian 16 meter


Temporary terpaksa di pasang sementara menunggu hand tufted carpet sampai - Delayed!


Bar yang hampir siap

Lounge area disusun juga walaupun mengunakan temporary carpet - client tak sabar dah

Aku panggil ni 'Carpet Monster Anakonda' baru sampai. 2 orang cedera kerana terjatuh masa angkat


Proses penyediaan tapak memasang carpet



Hampir 30 orang diperlukan nak pasang carpet ni



Memang cantik hand tufted carpet ni...berbaloi tunggu selama 2 bulan

COMPLETED







keseluruhanya project ini berjaya disiapkan dengan budget yang ridiculous! Sekarang ni di Dubai...client semua nak siap dengan cepat, mewah dan quality. Maka hasilnya...kami yang berkerja ni memang boleh sakit jiwa! Apa pun shukurlah dengan rezeki yang ada dan pengalaman yang ada.


Friday, 4 July 2014

Interior - Kempinski Hotel Mall Of Emirates & Tapas Bodega

Kempinksi Hotel, Mall Of Emirates

Apa kerja aku?

Ni nak cerita...dari aku kecik memang suka pasal construction. Bermula dari bawah iaitu sebagai draftman sehingga sekarang yang takde lah hebat mana sangat. Tapi tercapai juga niat untuk mendalami bidang ni. Kerja aku cenderong kepada interior design and construction. Tapi aku mengkhusus kepada Project Management.

Interior construction sebenarnya lebih rumit daripada general civil construction. Ini disebabkan setiap project mempunyai tempoh waktu yang pendek untuk disiapkan. Pengunaan bahan pula lebih daripada biasa. Di Dubai, segalanya mahu kelihatan berbeza, premium dan unik. Oleh sebab bermacam kerenah, tekanan jadual yang ketat dan penekanan kualiti kerja yang tinggi...maka di sini nilai 'rambut' sebagai ganti...hehe. Sebab tu lah aku kena tepek gam rambut yang dah 'kadang kadang' je nampak kat kepala ni...hehe.

Ok...ni project yang aku siapkan di Kempinski Hotel Mall of Emirates. Project ni ialah menaik taraf ruang lobi, resepsi, dan bilik bilik hotel. Juga termasuk didalam scope ialah menyiapkan restaurant dan bar berkonsepkan Spanish.

Ruang Tamu - Italian Marble

 Lobby Link - Chandelier Swarovski

Salero Tapas & Bodega - Spanish Restaurant

Itu lah raga yang buat aku pening nak susun dan gantung. Raga macam ni pun dari Spain?

 Pencahayaan banyak memainkan peranan


Ruang dinding di salut Solid Oak wood - memang raw dan cantik kalau pakai lantai kat rumah..hehe