Saturday 21 June 2014

HAMILTON...kau buat aku TERJEBAK!

So...it was Friday (yesterday).

Macam biasa itu lah hari santai dan berehat. Tapi hari tu lah juga nak bawak wife aku survey barang untuk biz dia https://www.facebook.com/dxbbambi. After breakfast makan roti telur kat Oud Metha terus pergi Dubai Outlet Mall. Kat Dubai Outlet Mall ni harga nya lebih murah berbanding di Mall ternama. 

Kedai yang pertama aku nampak ialah kedai jam. Kebetulan! Eh...dah la kat sini harga lebih murah berbanding mall lain...ada SALE pulak! Aku memang tengah mencari jam yang sesuai memandangkan jam tangan yang aku pakai dah berusia 11 tahun! Tahan betul sekor (SEIKO). Masa beli jam tu harganya baru RM600. Tapi sekarang ni harga jam SEIKO serendah RM1500 dan keatas agaknya. Memang berbaloi dan lasak. Entah berapa kali jatuh tapi performance masih mantap!

Jam SEIKO aku...memang takde calar walaupun dah macam macam langgar

Sebenarnya aku minat pada jam jenama N.O.A tapi takde jual disini dan harganya pula diluar kemampuan. Yang lain...aku minat OMEGA dan BREITLING. Itu pun mahal! Jadi..antara jenama yang berkualiti dari keturunan pembuat jam yang telah beratus tahun dan harga mampu milik ialah HAMILTON. Jam jenama Hamilton ni berasal dari US dan pada awalnya dibuat hanya untuk pilot airforce mereka. Kemudian ianya dibeli oleh SWATCH SWISS GROUP dan dimajukan sehingga sekarang. SWATCH adalah antara pembuat 'enjin' jam terkenal di dunia atau senang cakap 'WATCH MAKER'. Tak seperti macam macam brand mewah yang ada dipasaran yang tertumpu kepada fashion watch.

N.O.A Idaman kalbu


OMEGA & BREITLING...aku dapat tengok kat kedai je...hehe


Bila masuk kedai jam ni...ada pulak discount 30%! Adoi...apa alasan nak bagi supaya tak beli ni. Wife aku macam dah agak perangai aku...pilih punya pilih...last tak beli...hehe. Tapi kali ni aku macam minat nak beli sebab harganya tak pernah aku jumpa. Mana mana kedai jam aku tanya mesti harga antara AED4000 - 7000 untuk jenis ni. Dah puas aku tanya dan akhirnya...aku TERJEBAK membeli..hehe! Harap jam ni pun akan tetap setia seperti SEIKO aku tu. Harga yang aku dapat AED2100 berbanding harga asal AED3900.  Ini lah jam Automatic pertama aku.



HAMILTON ni kira macam entry level la untuk jam tangan quality setanding OMEGA dan BREITLING. Aku rasa...ni dah cukup untuk aku. Jom tengok web HAMILTON http://www.hamiltonwatch.com/ 

Friday 13 June 2014

Married...is ALLAH gift to human kind

Alhamdulillah...Ya Rahman...Ya Rahim

Dah 2 tahun rupanya aku kawin. Oh yea..lupa pulak. Ini adalah perkahwinan kedua untuk aku dan wife. Memang betul bukan mudah untuk berkahwin kali ke dua. Tapi antara aku dan wife memang banyak keserasian dan Alhamdulillah jarang kami gaduh...tapi bercakaran manja-manja rimau adalah..hehe.

9th June 2014 ialah ulang tahun perkahwinan aku. A day before mata aku kena surgery dan esoknya dah anniversary. Ha tu...tengok pirate of the Arab Emirates...



The plan...

Aku balik keje awal sikit dan terus cari cake. 


Balik wife aku dah siap masak special...so belasah nasik dulu.

Selalu kalau anivasary korang mesti layan movie yang romantik kan? Aku degan wife lain...kitaorang layan cerita Dragon...hehe. Memang best movie ni and especially 3D graphic dia. Above all, aku dan wife enjoy dan bersyukur kerana Allah mempertemukan kami. 


 Wife aku sedang cuba mengayat dragon...tapi dragon cuak sebab aku jeling dia


 Yeay...we are the 1st yang masuk cinema hall...hehe



To my wife...May ALLAH always be kind to us and lets together travel to JANNAH

Thursday 12 June 2014

BARANG BAEK!

Eh eh! This is not tuan empunya blog yang tulis. Senang kata, I hijacked his blog untuk kali ni sebab nak update pasal barang baek/hot stuff. Okay ini seronok, siapa nak beronok-ronok bersama teruskan membaca. Lelaki pun! Wajib baca sampai bawah.


Dubai is one crazy place to be. You can shop like crazyyyy (trust me, I was mad), if you know places.
And my partner in crime, *definitely* knows places!

Kejadian selang 2 hari sudah. Masa ni jalan-jalan dekat Mall of Emirates. Ternampak semua boutique menayang sales poster/clearence bukan main. Jadi, kalau dah nama pun perempuan of coz la acara berlari anak masuk ke kedai sambil belek barang sampai terlupa hubby tertinggal dekat belakang *bunyi guruh* 



Furla boutique, Mall of Emirates - Dubai


One of the boutique yang paling dekat dengan jiwa dan sanubari (ayat apakah ini??) adalah FURLA. Why Furla? Sebab Furla famous with their candy bag/totes. Concept bag ni 'oh so fun yet sweet like candy' haa lebih kurang macam tu lah. Masih tak percaya? Tonton video ni. 





Kecomelan yang tiada tandingan. Very tempting kan? Sekarang baru tahu kenapa Furla begitu famous dengan candy bag collection ni sampai rasa nak gigit bag macam makan gula-gula! Ever wonder what makes Furla candy bag so popular? Bored of all the plain looking handbags in the market? Why don't you look at Furla candy bag collection. 1st introduced in 2010, the Furla candy bag or sometimes referred to as the Furla jelly bag, quickly became a worldwide hit phenomena! The handbag has an iconic look where it has a perfect blend of structured and fun. Sesuai kalau mahu dibawa ke gym, kenduri-kendara, shopping or even the office. Tak perlu nak rasa diri seperti makcik-makcik sebab design handbag ni up to date. Super hebat, bukan? 

Sekarang, kita harus mencuci mata. Bertabahlah sekalian manusia..

Cehcehceh gigih snap picture candy limited design berderet-deret. Sila jangan koma!


Melissa shopping handbags. Perempuan dan handbag berpisah tiada. Tsk!

Original stitching/stamping
Sesi ramah mesra dengan store manager. Makcik ni so friendy sampai jemput datang rumah. Eh!
(They don't judge you pandang atas bawah walaupun you guys masuk boutique pakai jeans koyak, sarung sandal murah sambil pakai hoodie lengan baju disinsing. Yes, diorg tetap layan sama rata)


Si naif pun mula rambang mata. Tips membeli, perlu ada rasa 'kimia' dengan bag. Kalau kau pergi kedai handbag jumpa orang macam ni depan cermin lama-lama mesti rasa nak siku! (Untuk sesi photo, kita abaikan hoodie dan spectacle besar yang dipakai sebelum ni yea)

Jangan tertipu, si naif tidak membeli candy bag diatas sebab si naif dah jumpa design yang lebih menarik menikam kalbu tanpa keraguan di hati. Dan sekarang, DXBBambi menawarkan service style advisor or dalam erti kata senang korang nak paham personal shopper. Tapi harus diingat, service ini untuk serious buyer sahaja. Memandangkan si naif bekerja sebagai event planner tak tentu masa selain menjadi suri rumah tegar kepada partner in crime, masa yang ada sangat suntuk. And payment method sangat mudah sebab installment 2 kali. Yes, price are much cheaper compare to Malaysia. Harga lebih kurang macam beli dekat europe. Tak perlu menabung dari kecil hanya semata-mata mahu membeli luxury handbags. Ohsem!

P/S: Handbags semua original made in Italy.

Open for pre-order raya 2014:


Candy satchel
30 cm x 20.5 cm x 17 cm
light brown, stripe
code: 732920



Candy satchel
30 cm x 20.5 cm x 17 cm
light orange, stripe
code: 733570


Melissa tote
37 cm x 37 cm x 12 cm
onyx black
code: 737125



Melissa tote
37 cm x 37 x cm x 12 cm
rugiada light blue
code: 737166



Candy satchel
30 cm x 20.5 cm x 17 cm
alba yellow, miele brown python
code: 737542



Candy satchel
30 cm x 20.5 cm x 17 cm
alba yellow with texture (pastel)
code: 743709



Candy satchel
30 cm x 20.5 cm x 17 cm
magnolia rose with texture (pastel)
code: 743711



Candy satchel
30 cm x 20.5 cm x 17 cm
rugiada light blue with texture (pastel)
code: 743712








Candy satchel
11 3/4 x 8 x 6 3/4
acero beige, rugiada light blue
code: 744482



Candy satchel tricolor
30 cm x 20.5 cm x 17 cm
alba yellow, sole yellow, luna beige
code: 737530



Candy satchel tricolor
30 cm x 20.5 cm x 17 cm
magnolia rose, verve rose, luna beige
code: 737531



Candy satchel tricolor
30 cm x 20.5 cm x 17 cm
atlantic turquoise,  rugiada light blue, luna beige
code: 739979


Candy satchel tricolor
30 cm x 20.5 cm x 17 cm
menta green, rugiada light blue, luna beige
code: 739980

Semuanya manis-manis kan? Jadi, bolehlah start pilih yang mana dekat dihati and email to us at dxbbambi@gmail.com for pricing, details, terms & conditions. Do follow us at instagram.com/dxbbambi Stock very limited. Kalau yang perempuan rasa nak tambah collection handbag, boleh je pujuk boyfriend/fiancee/husband tolong belikan sempena nak bergaya especially di hari raya. 
Yang lelaki kalau nak beli untuk emak/girlfriend/fiancee/wife/*scandal* pun boleh. Tak payah la nak berkira sangat wahai lelaki-lelaki. Korang kalau bab upgrade kereta, beli motor puluh-puluh ribu, purchase handphone nak yang latest saja, invest beli properties 3-4 biji boleh je kan? Tak payah la keluar ayat sardin: "Homaigad abang kena berjimat la macam ni..harus ke abang ikat perot, bawa bekal selama sebulan ke office sebab sayang nak bag tu? harus ke? harus ke?" Sambil hempok/libas kepala kat dinding rumah. Takkan untuk emak/girlfriend/fiancee/wife/ pun nak berkira? Hoih!

Cuba try test ayat manis seperti di bawah:
"Sayang abang rasa macam nak kahwin lagi satu, makanya abang dah belikan CANDY BAG ni untuk sayang"..*Pitam*

Happy shopping people!














Wednesday 4 June 2014

Bali...best ke? (Part 2)

Pengalaman pertama rafting

Itu la Sungai Ayung kelihatan dari penginapan kami di Black Penny Ubud

Balik dari pekan Ubud terus tanya di reception hotel tentang pakej untuk rafting dan aku pun setuju. Yela..kalau dah datang mesti la cuba pengalaman unik di sesuatu tempat. Durian kat Ubud pun dah cuba...sedapnya sama je macam kat Malaysia.

 Tu dia...durian Ubud. Memang sedap!

Ubud ni masih sebuah pekan kecil yang kebanyakan penduduk tempatan masih mengekalkan gaya hidup tradisi. Dikalalgan wanita nya juga ada yang berkerja sebagai buruh pembinaan. Melihat mereka menjunjung barangan diatas kepala memang kebiasaan bagi mereka.


 Sebelum buka kedai mereka akan ada acara keugamaan dihadapan kedai



Suka melihat remaja disini. Mereka kebanyakannya sungguh sopan dengan pakaian tradisi.

Ok lah..kembali ke Ayung river. Disepanjang sungai ni diliputi dengan hutan dan kawasan hotel yang cantik. Airnya agak deras tetapi tak membahayakan. Pasirnya kehitaman sebab ianya berpunca dari hakisan gunung berapi. Keseluruhanya...memang cantik dan berbaloi berkunjung ke sini.

Jom tengok video melayari Sungai Ayong!