Showing posts with label expat. Show all posts
Showing posts with label expat. Show all posts

Wednesday, 4 June 2014

Bali...best ke? (Part 2)

Pengalaman pertama rafting

Itu la Sungai Ayung kelihatan dari penginapan kami di Black Penny Ubud

Balik dari pekan Ubud terus tanya di reception hotel tentang pakej untuk rafting dan aku pun setuju. Yela..kalau dah datang mesti la cuba pengalaman unik di sesuatu tempat. Durian kat Ubud pun dah cuba...sedapnya sama je macam kat Malaysia.

 Tu dia...durian Ubud. Memang sedap!

Ubud ni masih sebuah pekan kecil yang kebanyakan penduduk tempatan masih mengekalkan gaya hidup tradisi. Dikalalgan wanita nya juga ada yang berkerja sebagai buruh pembinaan. Melihat mereka menjunjung barangan diatas kepala memang kebiasaan bagi mereka.


 Sebelum buka kedai mereka akan ada acara keugamaan dihadapan kedai



Suka melihat remaja disini. Mereka kebanyakannya sungguh sopan dengan pakaian tradisi.

Ok lah..kembali ke Ayung river. Disepanjang sungai ni diliputi dengan hutan dan kawasan hotel yang cantik. Airnya agak deras tetapi tak membahayakan. Pasirnya kehitaman sebab ianya berpunca dari hakisan gunung berapi. Keseluruhanya...memang cantik dan berbaloi berkunjung ke sini.

Jom tengok video melayari Sungai Ayong!


Sunday, 25 May 2014

Projek rendang dan mojito

Yeay...!! Jumaat, Sabtu dan Ahad (23rd - 25hb May 2014) cuti. So apa nak buat ni? Kat Dubai ni diorg memang susah nak bagi public holiday. Kalau dapat cuti panjang macam ni dan kebetulan kerja kat site pun tak busy sangat...memang best kalau nak buat projek. Aku dengan wife aku pun plan la nak masak special sikit untuk menambah kebuncitan perut....hehe

Plan A - Masak Rendang

Jangan tak percaya...wife aku memang tak pernah masak rendang masa kat Malaysia. Katanya belum dapat ilham lagi...hehe. Masa balik bercuti di Malaysia baru baru ni sempat la aku dan wife aku shopping bahan masak yang susah nak jumpa di Dubai. Belacan (wajib), kuah kacang instant, kerisik, rempah kari babas (kt dubai pun ada rempah tapi lain sikit rasanya), spices, ikan masin, ikan bilis, keropok dan muruku (ini aku punya - mak mentua belikan kat Ipoh). Semua barang barang ni penuh 1 beg..hehe.

Pagi tu bangun dengan penuh semangat (macam semangat pagi raya). Mula mula cari resepi kat internet. Senang je...taip resepi rendang sedap dan pilih image. Aku cari gambar yang paling cantik! Kebetulan gambar rendang tu sama macam arwah mama masak (rindu rendang mama). Wife aku siap kan bahan dan aku tolong tolong je. Tapi bila bab nak blend dan mengaul dalam periuk..itu keje aku.

 Rendang tengah dalam proses tunggu kering sikit

 Amacam - Jadi tak?

Siap dengan sambal kacang

Pada haritu...aku dengan wife aku tambah nasi 2 pinggan seorang! Itu lah akibat kalau mengidam rendang.

Plan B - Strawberry Mojito

Yang ni memang sedap dan fresh rasanya. First time minum air ni masa makan pizza dekat Burj Khalifa. Lepas tu terus suka dan nak lagi. Asal pegi makan kat mana mana je mesti tanya kalau diorg ada jual. Endup wife aku cakap jom buat sendiri! Dia pun google tengok bahan. Takde la susah mana pun nak cari bahan. Air ni memang sesuai kalau ada family or friends gathering.

Bahan bahan: Strawberry, lemon, mint leaf (daun pudina), club soda, air gula dan ais.

Ni namanya Mojito Melayu

Friday, 23 May 2014

Rumah Di Dubai

Perkara pertama bila pertama aku terima kerja di Dubai pada tahun 2007 ialah rumah. Di KL kehidupan aku sederhana sahaja...cukup pakai, makan dan tinggal dirumah teres yang sewa bulanan sebanyak RM650. Pada waktu tu disekitar KL kalau condo atau apartment mewah boleh mencecah antara RM1000 - RM2000. Aku dah mula berangan mungkin aku dapat hidup lebih selesa di Dubai. Bila mula google cari rumah di Dubai..aku cari dalam bajet antara AED1500 - 2000 (time tu RM1 = AED1). Hampir semua iklan yang aku tengok yang ada cuma 'EXECUTIVE bedspace'. Pergg...executive tu...mewah sangat ke? Bila sampai di Dubai dan mula buat field survey...hakikatnya menyedihkan.

Hakikat sharing bedspace

Kebanyakkan sharing bedspace tertumpu di kawasan seperti Bur Dubai, Deira dan Satwa. Di sini, majoriti penduduknya ialah dari negara India dan Filipina. Mereka datang dengan focus untuk mengumpul duit dari hasil gaji bulanan dan kebanyakan dari mereka adalah pekerja kelas bawahan hingga pertengahan. Bila melihat situasi sebenar...memang boleh membuatkan kita insaf.

 Bangunan lama di Bur Dubai
Pemandangan biasa di 'Sharing Bedroom'. Kalau yang executive tu baik sikit dari ini la..


Sharing Apartment (kongsi rumah)

Sharing bedroom di dalam sebuah apartment juga sudah menjadi satu lumrah kehidupan di Dubai. Keaadaanya lebih baik sedikit dari 'Executive Bedspace'. Untuk bajet yang murah, selalunya penyewa utama akan buat partition didalam sebuah apartment di ruang tamu. Asalnya 1 bilik menjadi 3 bilik. Dalam situasi ni...penyewa utama akan dapat untung mengutip duit sewa dari penyewa bilik partition. Mengapa jadi macamni? Sebab untuk menyewa rumah di Dubai, perlukan duit permulaan yang banyak sebab perlu bayar ajen dan sewa dibayar untuk setahun. Tapi bagi yang tidak mampu menyediakan sebanyaak itu, sharing bedroom dengan sewa yang di bayar setiap bulan adalah jalan terbaik.

Contoh bilik partition


Studio

Kalau tinggal seorang atau 2 orang sahaja, studio paling sesuai. Cuma tiada ruang privasi dan jika memasak memang melekat baunya...hehe. Studio memang banyak pilihan di Dubai. Dari yang murah hingga yang mewah. Antara tumpuan untuk mereka yang mencari studio adalah di Karama, International city, Al Barsha atau tempat yang mewah lagi di JBR. Harga semasa sekitar AED60,000 - 90,000 setahun.

International City - Antara tempat menarik disini ialah Dragon Mart (China). Name it..you've got it!

Whole apartment (1 bilik ke atas)

Banyak pilihan dan bergantung kepada bajet. Untuk expat dari kebanyakan negara asia, tempat tempat seperti karama, Silicone Oasis, Sharjah dan Deira menjadi pilihan disebabkan harga yang lebih berpatutan dan terdapat banyak kedai kedai yang menyediakan keperluan harian mengikut cita rasa asia. Harga makanan juga lebih murah. Untuk lebih keselesaan dan tersusun, tempat tempat seperti Al Barsha, Tecom, Motor City (dan macam macam city lagi kat sini), JBR dan Downtown Dubai menjadi pilihan bagi kebanyakan expat. Majority penduduk juga bercampur antara expat dari asia and barat. Tapi bersedialah dengan harga keperluan harian yang agak mahal. Untuk rumah satu bilik bermula dari AED90,000 dan boleh mencecah AED150,000 setahun. Bayaran boleh dibuat dengan sekali bayar atau 4 kali bayar dengan cheque (post dated cheque).



 Motorcity - Tempat yang banyak pokok pokok hijau. Disini juga ada track lumba kereta.


 JBR (Jumeirah Beach Residence) - Mat salleh banyak kat sini. Balik dari kerja terus pergi beach kot
Downtown Dubai - berdekatan dengan Burj Khalifa. Memang cantik dan mahal disini.


Tepuk dada, tanyalah selera. Untuk aku...aku tanya kemampuan dan objektif datang bekerja di Dubai. Jika mahukan kesemua kemewahan yang Dubai sediakan, memang boleh bocor poket dibuatnya!









Saturday, 17 May 2014

Best ke sebagai expat di Dubai

Pertama kali menjejakkan kaki di Dubai ialah pada tahun 2007. Kebetulan masa tu krisis ekonomi di Malaysia. Tapi rezeki Allah yang tanpa diduga, panggilan dari sebuah syarikat di Dubai pun tiba. Aku pun bersetuju tanpa berfikir panjang lagi. Mama pun turut menyokong...Alhamdulillah.

Tiba di Dubai dan bila keluar je dari pintu pesawat, zupppp....bahang panas naik ke muka! Adeh...lain macam rasanya. Bila berada di airport, rasa seperti tak percaya. Betul ke ni negara Arab? Yang nampak majority orang India. Rasa gelabah jugak. Syarikat yang bakal aku bekerja telah pun menempah hotel. Selepas keluar dari airport, terus saje ke hotel. Pemandangan di sekitar memang asing. Panas dan kering saje. Disini aku memang takde kawan atau saudara...memang lone ranger! Masuk hari ketiga memang rasa macam nak lari dari Dubai balik ke KL. Tapi apa nak jadi kalau terus duduk di KL? So...gagah kan diri untuk terus bekerja. Alhamdulillah...aku survive! Tahun 2010 aku ambil keputusan untuk pulang ke KL for good.

Tahun 2013, sekali lagi atas jemputan sebuah syarikat di Dubai aku kembali berkerja disini. Dan pada tahun yang sama, mama datang ziarah ke Dubai dan kembali ke Rahmatullah 1 minggu selepas pulang ke KL. Memang sungguh terasa sayu yang jelas berlainan bila hantar mama di airport.

Saat terakhir bersama mama di Dubai Airport...Al Fatihah

Secara keseluruhanya sebagai expat, banyak yang perlu dikorbankan. Terutama masa untuk bersama keluarga dan sahabat di Malaysia. Bila disini, baru terasa pentingnya nilai kekeluargaan dan persahabatan. Yang baiknya, disini dapatlah merasa untuk membina sesuatu yang mungkin jika aku terus berkerja di KL memang tidak akan dapat. Jadi buat masa ini...aku teruskan juga bekerja di Dubai.