Showing posts with label sony xperia z1. Show all posts
Showing posts with label sony xperia z1. Show all posts

Friday, 30 May 2014

Bali...best ke? (Part 1)

Bali April 2014

Dah lama Bali ni aku dengar dan macam macam cerita yang ada. Seperti biasa bila nak buat research, Cik Puan google (wife aku...hehe) pun memulakan tugas nya. Antara perkara yang di cari ialah tempat menarik, budaya, makanan, pakaian, aktiviti dan tidak lupa keburukan di Bali. Kenapa nak cari 'the dark side of Bali'? Di semua tempat di dunia ni tetap ada keburukan atau sejarah hitam nya. Tujuan kami mencari fakta itu supaya kami lebih bersedia dan ingat...Bali bukan syurga tetapi ianya tetap cantik dan unik menjadi tumpuan pelancong dunia!

Gerbang tol di Bali. Lebih mempunyai nilai tradisi

 Beca jual Bakso...kalau ada halal logo...memang aku dah try!

 Di hadapan restaurant masakan Sunda. Memang sedap dan murah disini

 Muka penat sebab flight Airasia delay lebih 3 jam!

 Pelayan gigih menunggu pelanggan datang

Yang ni ikan talapia bakar...perggg! Complete set makanan dan minum harganya baru RM40!

5 malam pertama kami menginap di Courtyard Marriott Bali Nusa Dua. Memang cantik senibina nya dan yang penting keselamatan memang 1st priority. Siap ada scanner sebelum masuk ke hotel. Kawasan Nusa Dua dipenuhi oleh macam macam hotel 5 star. Kebetulan pada waktu tu, Marriott offer package yang murah mugkin sebab low season kot.

Courtyard Marriot Bali Nusa Dua

Di private beach Courtyard Marriott. Bersih tempat ni

Aku dengan wife naik basikal je pegi beach. Perjalanan dam 5 - 10 minit.

 Pool yang diredupi oleh pokok pokok. Puas dapat berendam kat sini

Yang ni acara belajar menyelam sambil buka mata dalam pool. Kalau nak cover pakai la shades..hehe

Now let's enjoy our travel log video



Overall..memang best di Bali. Our special thanks to Komang https://www.facebook.com/komang.artana2?fref=ts&ref=br_tf who is our private tour guide from day 1. 

Bali...Best ke? (Part 2) coming soon..

Sunday, 25 May 2014

Projek rendang dan mojito

Yeay...!! Jumaat, Sabtu dan Ahad (23rd - 25hb May 2014) cuti. So apa nak buat ni? Kat Dubai ni diorg memang susah nak bagi public holiday. Kalau dapat cuti panjang macam ni dan kebetulan kerja kat site pun tak busy sangat...memang best kalau nak buat projek. Aku dengan wife aku pun plan la nak masak special sikit untuk menambah kebuncitan perut....hehe

Plan A - Masak Rendang

Jangan tak percaya...wife aku memang tak pernah masak rendang masa kat Malaysia. Katanya belum dapat ilham lagi...hehe. Masa balik bercuti di Malaysia baru baru ni sempat la aku dan wife aku shopping bahan masak yang susah nak jumpa di Dubai. Belacan (wajib), kuah kacang instant, kerisik, rempah kari babas (kt dubai pun ada rempah tapi lain sikit rasanya), spices, ikan masin, ikan bilis, keropok dan muruku (ini aku punya - mak mentua belikan kat Ipoh). Semua barang barang ni penuh 1 beg..hehe.

Pagi tu bangun dengan penuh semangat (macam semangat pagi raya). Mula mula cari resepi kat internet. Senang je...taip resepi rendang sedap dan pilih image. Aku cari gambar yang paling cantik! Kebetulan gambar rendang tu sama macam arwah mama masak (rindu rendang mama). Wife aku siap kan bahan dan aku tolong tolong je. Tapi bila bab nak blend dan mengaul dalam periuk..itu keje aku.

 Rendang tengah dalam proses tunggu kering sikit

 Amacam - Jadi tak?

Siap dengan sambal kacang

Pada haritu...aku dengan wife aku tambah nasi 2 pinggan seorang! Itu lah akibat kalau mengidam rendang.

Plan B - Strawberry Mojito

Yang ni memang sedap dan fresh rasanya. First time minum air ni masa makan pizza dekat Burj Khalifa. Lepas tu terus suka dan nak lagi. Asal pegi makan kat mana mana je mesti tanya kalau diorg ada jual. Endup wife aku cakap jom buat sendiri! Dia pun google tengok bahan. Takde la susah mana pun nak cari bahan. Air ni memang sesuai kalau ada family or friends gathering.

Bahan bahan: Strawberry, lemon, mint leaf (daun pudina), club soda, air gula dan ais.

Ni namanya Mojito Melayu

Tuesday, 20 May 2014

From Kuala Kangsar to Hard Rock Penang

Pi Penang March 2014

Here comes the best part...holiday!

To tell the truth...it was a damn struggle before I can even pack my stuffs (well actually wife yang banyak tolong pack...hehe). Thats because my mind always at work! Believe me not..until the last moment just hours before flight to KL I am still working and attending meeting! 3pm wife dah call tanya..are you still busy? Hadui...kalut time tu. Somehow, I manage to escape...yeay!

By 6 pm dah sampai airport. We took Emirates airline and it was a smooth flight. Kat airport tu dah tak ingat apa...cuma pikir nak makan apa kat KL nanti...hehe. Maklum la...macam macam yang teringin. One thing good about Emirates Airline is they have their own terminal. So takde la beratur panjang nak check in.

Aku..tengah sental lemang dan rendang (wife snap pic..she is so happy dapat balik kg)

Potong cerita kasi pendek...me, my wife and my ma and pa inlaw pun pergi la Penang drive je. We booked 2 standard rooms in Hard Rock Penang sebab tengok kat booking.com rating nya agak tinggi. Actually niat nak ke Penang tu nak cari durian balik pulau...bila pergi cari je yang nampak hanya putik durian...huhu. Musimnya lambat lagi. So check in la kat Hard Rock. Suddenly...they upgraded us to deluxe room facing sea from a standard room facing garden...yeeeha! Dah la tu...siap bagi welcome drink yang sedap.

The room kinda large. Kalau ada 2 kanak kanak pun boleh duduk in 1 room. Yang best about the room is the decor...its like a rock star zaman 60an. Channel di TV juga personalize siap boleh pilih category rancangan. Tapi datang jauh jauh bukan nak tengok tv kan? We are aiming for the scene..the pool and the sea! Apa lagi..so kemaruk nak santai kat pool ni kan..so we rent a cabana next to the pool. Dalam cabana tu dah macam pondok pondok. Boleh golek golek dalam tu dan order makan dan minum from there...heaven! But its not just me and my wife yang enjoy. Rasanya...mama and papa lagi over joy..hehe.

Thats my wife, ma and pa inlaw tengah santai. 

 Dekat cabana..ada pulak anak mat saleh ni cakap 'there is a baby turtle inside the pool but you cant see it coz the turtle doesn't like adults girl'...boleh? Pening kenit ni!

Wider view of the pool at Hard Rock Penang

Kat Hard Rock Penang ni ada 3 Hard Rock Hotel merchandise shop. So apa lagi...rombongan cik jah pun buat lawatan sambil membeli...hehe. Aku pun rembat la baju kemeja sehelai buat kenangan. 2 malam di sini memang puas hati dangan keselesaan dan layanan mereka. Setiap petang dekat pool nanti staff Hard Rock akan buat their own performance. Ada juga yang muka macam kena paksa...hehe. But dia buat jugak la.


My shopping warrior tengah bargain ke?

 macam sejuk je..

Test snap pic guna Sony Xperia Z1 dalam air...not bad!

Tiba la hari nak checkout...masing masing buat buat lewat je. Yela sebab macam sekejap je kan. Pagi tu we all breakfast kat warung depan hotel...makan nasi lemak bungkus! Perggg...pedas dan sedap! Tapi lepas tu...kena santai la dalam toilet..haha! On the way back...we decided to use the nostalgic 'Feri Pulau Pinang'. Teringat time kecik kecik dulu...I wish they will keep and maintain the service for future generation.

After more than 20 years..here I am again on the Feri Pulau Pinang...so cool and full of memories. Hope to be back again...Insha Allah.