Friday 4 July 2014

Interior - Kempinski Hotel Mall Of Emirates & Tapas Bodega

Kempinksi Hotel, Mall Of Emirates

Apa kerja aku?

Ni nak cerita...dari aku kecik memang suka pasal construction. Bermula dari bawah iaitu sebagai draftman sehingga sekarang yang takde lah hebat mana sangat. Tapi tercapai juga niat untuk mendalami bidang ni. Kerja aku cenderong kepada interior design and construction. Tapi aku mengkhusus kepada Project Management.

Interior construction sebenarnya lebih rumit daripada general civil construction. Ini disebabkan setiap project mempunyai tempoh waktu yang pendek untuk disiapkan. Pengunaan bahan pula lebih daripada biasa. Di Dubai, segalanya mahu kelihatan berbeza, premium dan unik. Oleh sebab bermacam kerenah, tekanan jadual yang ketat dan penekanan kualiti kerja yang tinggi...maka di sini nilai 'rambut' sebagai ganti...hehe. Sebab tu lah aku kena tepek gam rambut yang dah 'kadang kadang' je nampak kat kepala ni...hehe.

Ok...ni project yang aku siapkan di Kempinski Hotel Mall of Emirates. Project ni ialah menaik taraf ruang lobi, resepsi, dan bilik bilik hotel. Juga termasuk didalam scope ialah menyiapkan restaurant dan bar berkonsepkan Spanish.

Ruang Tamu - Italian Marble

 Lobby Link - Chandelier Swarovski

Salero Tapas & Bodega - Spanish Restaurant

Itu lah raga yang buat aku pening nak susun dan gantung. Raga macam ni pun dari Spain?

 Pencahayaan banyak memainkan peranan


Ruang dinding di salut Solid Oak wood - memang raw dan cantik kalau pakai lantai kat rumah..hehe



No comments:

Post a Comment