Saturday 21 June 2014

HAMILTON...kau buat aku TERJEBAK!

So...it was Friday (yesterday).

Macam biasa itu lah hari santai dan berehat. Tapi hari tu lah juga nak bawak wife aku survey barang untuk biz dia https://www.facebook.com/dxbbambi. After breakfast makan roti telur kat Oud Metha terus pergi Dubai Outlet Mall. Kat Dubai Outlet Mall ni harga nya lebih murah berbanding di Mall ternama. 

Kedai yang pertama aku nampak ialah kedai jam. Kebetulan! Eh...dah la kat sini harga lebih murah berbanding mall lain...ada SALE pulak! Aku memang tengah mencari jam yang sesuai memandangkan jam tangan yang aku pakai dah berusia 11 tahun! Tahan betul sekor (SEIKO). Masa beli jam tu harganya baru RM600. Tapi sekarang ni harga jam SEIKO serendah RM1500 dan keatas agaknya. Memang berbaloi dan lasak. Entah berapa kali jatuh tapi performance masih mantap!

Jam SEIKO aku...memang takde calar walaupun dah macam macam langgar

Sebenarnya aku minat pada jam jenama N.O.A tapi takde jual disini dan harganya pula diluar kemampuan. Yang lain...aku minat OMEGA dan BREITLING. Itu pun mahal! Jadi..antara jenama yang berkualiti dari keturunan pembuat jam yang telah beratus tahun dan harga mampu milik ialah HAMILTON. Jam jenama Hamilton ni berasal dari US dan pada awalnya dibuat hanya untuk pilot airforce mereka. Kemudian ianya dibeli oleh SWATCH SWISS GROUP dan dimajukan sehingga sekarang. SWATCH adalah antara pembuat 'enjin' jam terkenal di dunia atau senang cakap 'WATCH MAKER'. Tak seperti macam macam brand mewah yang ada dipasaran yang tertumpu kepada fashion watch.

N.O.A Idaman kalbu


OMEGA & BREITLING...aku dapat tengok kat kedai je...hehe


Bila masuk kedai jam ni...ada pulak discount 30%! Adoi...apa alasan nak bagi supaya tak beli ni. Wife aku macam dah agak perangai aku...pilih punya pilih...last tak beli...hehe. Tapi kali ni aku macam minat nak beli sebab harganya tak pernah aku jumpa. Mana mana kedai jam aku tanya mesti harga antara AED4000 - 7000 untuk jenis ni. Dah puas aku tanya dan akhirnya...aku TERJEBAK membeli..hehe! Harap jam ni pun akan tetap setia seperti SEIKO aku tu. Harga yang aku dapat AED2100 berbanding harga asal AED3900.  Ini lah jam Automatic pertama aku.



HAMILTON ni kira macam entry level la untuk jam tangan quality setanding OMEGA dan BREITLING. Aku rasa...ni dah cukup untuk aku. Jom tengok web HAMILTON http://www.hamiltonwatch.com/ 

No comments:

Post a Comment