Saturday 17 May 2014

Best ke sebagai expat di Dubai

Pertama kali menjejakkan kaki di Dubai ialah pada tahun 2007. Kebetulan masa tu krisis ekonomi di Malaysia. Tapi rezeki Allah yang tanpa diduga, panggilan dari sebuah syarikat di Dubai pun tiba. Aku pun bersetuju tanpa berfikir panjang lagi. Mama pun turut menyokong...Alhamdulillah.

Tiba di Dubai dan bila keluar je dari pintu pesawat, zupppp....bahang panas naik ke muka! Adeh...lain macam rasanya. Bila berada di airport, rasa seperti tak percaya. Betul ke ni negara Arab? Yang nampak majority orang India. Rasa gelabah jugak. Syarikat yang bakal aku bekerja telah pun menempah hotel. Selepas keluar dari airport, terus saje ke hotel. Pemandangan di sekitar memang asing. Panas dan kering saje. Disini aku memang takde kawan atau saudara...memang lone ranger! Masuk hari ketiga memang rasa macam nak lari dari Dubai balik ke KL. Tapi apa nak jadi kalau terus duduk di KL? So...gagah kan diri untuk terus bekerja. Alhamdulillah...aku survive! Tahun 2010 aku ambil keputusan untuk pulang ke KL for good.

Tahun 2013, sekali lagi atas jemputan sebuah syarikat di Dubai aku kembali berkerja disini. Dan pada tahun yang sama, mama datang ziarah ke Dubai dan kembali ke Rahmatullah 1 minggu selepas pulang ke KL. Memang sungguh terasa sayu yang jelas berlainan bila hantar mama di airport.

Saat terakhir bersama mama di Dubai Airport...Al Fatihah

Secara keseluruhanya sebagai expat, banyak yang perlu dikorbankan. Terutama masa untuk bersama keluarga dan sahabat di Malaysia. Bila disini, baru terasa pentingnya nilai kekeluargaan dan persahabatan. Yang baiknya, disini dapatlah merasa untuk membina sesuatu yang mungkin jika aku terus berkerja di KL memang tidak akan dapat. Jadi buat masa ini...aku teruskan juga bekerja di Dubai.

No comments:

Post a Comment