Friday 23 May 2014

Rumah Di Dubai

Perkara pertama bila pertama aku terima kerja di Dubai pada tahun 2007 ialah rumah. Di KL kehidupan aku sederhana sahaja...cukup pakai, makan dan tinggal dirumah teres yang sewa bulanan sebanyak RM650. Pada waktu tu disekitar KL kalau condo atau apartment mewah boleh mencecah antara RM1000 - RM2000. Aku dah mula berangan mungkin aku dapat hidup lebih selesa di Dubai. Bila mula google cari rumah di Dubai..aku cari dalam bajet antara AED1500 - 2000 (time tu RM1 = AED1). Hampir semua iklan yang aku tengok yang ada cuma 'EXECUTIVE bedspace'. Pergg...executive tu...mewah sangat ke? Bila sampai di Dubai dan mula buat field survey...hakikatnya menyedihkan.

Hakikat sharing bedspace

Kebanyakkan sharing bedspace tertumpu di kawasan seperti Bur Dubai, Deira dan Satwa. Di sini, majoriti penduduknya ialah dari negara India dan Filipina. Mereka datang dengan focus untuk mengumpul duit dari hasil gaji bulanan dan kebanyakan dari mereka adalah pekerja kelas bawahan hingga pertengahan. Bila melihat situasi sebenar...memang boleh membuatkan kita insaf.

 Bangunan lama di Bur Dubai
Pemandangan biasa di 'Sharing Bedroom'. Kalau yang executive tu baik sikit dari ini la..


Sharing Apartment (kongsi rumah)

Sharing bedroom di dalam sebuah apartment juga sudah menjadi satu lumrah kehidupan di Dubai. Keaadaanya lebih baik sedikit dari 'Executive Bedspace'. Untuk bajet yang murah, selalunya penyewa utama akan buat partition didalam sebuah apartment di ruang tamu. Asalnya 1 bilik menjadi 3 bilik. Dalam situasi ni...penyewa utama akan dapat untung mengutip duit sewa dari penyewa bilik partition. Mengapa jadi macamni? Sebab untuk menyewa rumah di Dubai, perlukan duit permulaan yang banyak sebab perlu bayar ajen dan sewa dibayar untuk setahun. Tapi bagi yang tidak mampu menyediakan sebanyaak itu, sharing bedroom dengan sewa yang di bayar setiap bulan adalah jalan terbaik.

Contoh bilik partition


Studio

Kalau tinggal seorang atau 2 orang sahaja, studio paling sesuai. Cuma tiada ruang privasi dan jika memasak memang melekat baunya...hehe. Studio memang banyak pilihan di Dubai. Dari yang murah hingga yang mewah. Antara tumpuan untuk mereka yang mencari studio adalah di Karama, International city, Al Barsha atau tempat yang mewah lagi di JBR. Harga semasa sekitar AED60,000 - 90,000 setahun.

International City - Antara tempat menarik disini ialah Dragon Mart (China). Name it..you've got it!

Whole apartment (1 bilik ke atas)

Banyak pilihan dan bergantung kepada bajet. Untuk expat dari kebanyakan negara asia, tempat tempat seperti karama, Silicone Oasis, Sharjah dan Deira menjadi pilihan disebabkan harga yang lebih berpatutan dan terdapat banyak kedai kedai yang menyediakan keperluan harian mengikut cita rasa asia. Harga makanan juga lebih murah. Untuk lebih keselesaan dan tersusun, tempat tempat seperti Al Barsha, Tecom, Motor City (dan macam macam city lagi kat sini), JBR dan Downtown Dubai menjadi pilihan bagi kebanyakan expat. Majority penduduk juga bercampur antara expat dari asia and barat. Tapi bersedialah dengan harga keperluan harian yang agak mahal. Untuk rumah satu bilik bermula dari AED90,000 dan boleh mencecah AED150,000 setahun. Bayaran boleh dibuat dengan sekali bayar atau 4 kali bayar dengan cheque (post dated cheque).



 Motorcity - Tempat yang banyak pokok pokok hijau. Disini juga ada track lumba kereta.


 JBR (Jumeirah Beach Residence) - Mat salleh banyak kat sini. Balik dari kerja terus pergi beach kot
Downtown Dubai - berdekatan dengan Burj Khalifa. Memang cantik dan mahal disini.


Tepuk dada, tanyalah selera. Untuk aku...aku tanya kemampuan dan objektif datang bekerja di Dubai. Jika mahukan kesemua kemewahan yang Dubai sediakan, memang boleh bocor poket dibuatnya!









1 comment:

  1. Best movers in dubai Mr Movers Packers, We Provide Movers and packers services for Houses, Villas, Offices, Warehouses Commercial, and Residential in the Whole Dubai. Call Now: 0555320375
    international packers and movers in dubai

    ReplyDelete